Pilih Bahasa

SMKDPT SKK "NO ONE IS AS SMART AS ALL OF US"

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur (SMKDPT) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Masai pada awal penubuhannya tahun 1965. Oleh sebab bangunan yang sebenarnya belum siap dibina, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Masai. Kumpilan murid yang pertama pada tahun 1965 ialah seramai 77 orang dengan 7 orang guru dan 3 buah kelas tingkatan 1. Kemudian bilangan murid semakin meningkat tahun demi tahun.

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah makmal, sebuah bilik rehat guru, sebuah bilik masak, sebuah bilik jahitan dan tandas murid. Bagi menampung keperluan yang kian bertambah, pada tahun 1978 telah dibina blok C (kini dikenali Graha Temenggung) yang mempunyai 8 buah bilik darjah tambahan, 2 buah makmal Sains dan sebuah bilik perpustakaan. Manakala surau telah dibina pada tahun 1980. Pada tahun 1982, sekolah ini diperbesar dengan pembinaan sebuah dewan besar (Dewan Penggawa), sebuah bengkel perusahaan) kini bengkel Kemahiran Hidup) dan 8 buah bilik darjah di Blok D (kini Graha Laksamana). Dengan pembinaan bangunan ini membolehkan murid belajar dengan lebih selesa di dalam kelas tanpa ada lagi kelas terapung.

Mulai 1 Februari 1986, Sekolah Mennegah Masai telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur. Pada tahun ini juga aliran Sains telah diperkenalkan. Nama baru sekolah ini diambil sempena nama jawatan pembesar bergelar Dato' Penggawa Timur yang menjadi wakil Sultan Johor mulai tahun 1883 untuknmentadbir dan mengawal keselamatan di timur negeri Johor. Masai juga merulakankawasan yang termasuk dalam lingkungan kuasa Dato' Penggawa Timur.


Pada Tahun 1990, Blok E (kini Graha Syahbandar) siap dibina dengan mengandungi makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, 6 buah bilik darjah dan tandas murid. Perkembangan fizikal sekolah ini terus bertambah pada bulan Februari 1991 apabila Blok F (kini Graha Panglima) setinggi 3 tingkat siap dibina yang mempunyai 10 bilik darjah dan 3 buah makmal sains. Akhir sekali, didirikan blok G (kini Graha Bentara). Pembinaan Blok G ini ialah hasil daripada sumbangan PIBG sekolah ini.

Pada 1 Januari 1998, Sekolah Mennegah Dato' Penggawa Timur telah diubah nama menjadi Sekolah Mennegah Kebangsaan Dato' Penggawa imur. Bnagunan terakhir dibina telah siap pada tahun 2004 iaitu makmal komputer yang kemudian dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Encik Jalani bin Rusni pada 4 Mac 2005. Sekolah ini semakin berkembang apabila mulai tahun 2002 hinga 2005 telah dibuka Kelas Rancangan Khas (KRK). Pada tahun berkenaan, sebahagian daripada murid diambil berdasarkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakal muali tahun 2006 hingga kini, pengambilan murid tingkatan 1 sebahagian besarnya dikawal dengan menerima kemasukan separuhnya murid cemerlang UPSR.

SMKDPT bukan sahaja berubah wajah inrastruktur dan pasarannya malah pembangunan sumber manusia juga menunjukkan kematangan dan peningkatan profesionalisme. Murid-murid dirangsang dan dimotivasikan dengan memberi nama bilik darjah dengan nama-nama permata bernilai dan bersinar gemerlapan yang dapat memberikan inspirasi untuk mereka mencipta kecemerlangan. Nama kelas yang diberikan nama permata seperti Berlian, Intan, Zamrud, Baiduri, Delima, Nilam, Topaz dan Firus. Setiap Permata yang dipih memberi mej dan keperibadian tersendiri kepada murid ibarat permata itu yang bergemerlapan menyuntik semangat untuk mereka menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



No comments:

Post a Comment