Pilih Bahasa

SMKDPT SKK "NO ONE IS AS SMART AS ALL OF US"

Sunday, September 18, 2016


 


Perhatian, SMKDPT menganjurkan Malam Amal Gemersik Seni, kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi nombor yang tertera pada poster.

Friday, June 28, 2013

KEJOHANAN SUKAN KALI KE 43

Pada 28 Jun, SMKDPT telah mengadakan Kejohanan Sukan kali ke-43. Bertemakan 1 Murid 1 Sukan, Kejohanan ini berjalan dengan lancar

PERBARISAN UNIT BERUNIFORM & RUMAH SUKAN

PERSEMBAHAN PELAJAR, SAMBUTAN SEMASA KEJOHANAN

PERTANDINGAN KHEMAH RUMAH SUKAN

PERISTIWA SEMASA KEJOHANAN

PENYAMPAIAN HADIAH

Thursday, June 27, 2013

MEMORI LAWATAN KE KOTA KINABALU, SABAH 21-23 JUN 2013

Bertemakan Dejavu di Kinabalu, Nanti Aku di sana. Unit HEM SMKDPT telah membuat lawatan ke Kota Kinabalu Sabah pada 21-23 Jun 2013. Pelbagai tempat telah dilawati anataranya



LAWATAN KE RUMAH TERBALIK




KE LUATI FISH, TAGAL



KE HOT SPRING


Thursday, June 20, 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU SESI PAGI & SESI PETANG

BERITA DARIPADA PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
PENUTUPAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG BERIKUTAN JEREBU
oleh : En. Rohaizad Bin Mohd Hanafiah, Penolong PPD Perhubungan
pada 20 Jun 2013

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
2.            Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
3.            Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Thursday, May 23, 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SIRI 2 BERTEMPAT DI SMKDPT PADA 23 HINGGA 24 MEI 2013.ANTARA AKTIVITIPERKHEMAHAN INI?

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru SMKDPT

16 Mei  sangat bererti bagi semua guru di Malaysia.Termasuklah semua guru SMKDPT. Tema Hari Guru pada Tahun ini ialah Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda. Manakala Tema Pakaian Hari Guru SMKDPT ialah "Kalau Aku Bukan Menjadi Guru". Sambutan ini amat meriah sekali
Pakaian Sebagai doktor, Jururawat, Pembantu Tadbir Diplomat,  Ahli Politik

Pekerjaan sebagai Jururawat & Doktor