PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU SESI PAGI & SESI PETANG
BERITA DARIPADA PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
PENUTUPAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG BERIKUTAN JEREBU
oleh : En. Rohaizad Bin Mohd Hanafiah, Penolong PPD Perhubungan
pada 20 Jun 2013 |
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dan
Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan
Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang
Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
2. Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan
sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang).
Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi
kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan
kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
3. Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah
penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada
guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk
bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.