Pilih Bahasa

SMKDPT SKK "NO ONE IS AS SMART AS ALL OF US"

Latar Belakang Sekolah


 PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Dato’ Penggawa Timur Masai dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
Memastikan staf yang mencukupi serta berdisiplin, berdedikasi, bertanggungjawab dan produktif.
Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
Memastikan kami sentiasa peka dan progresif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa, penjaga, masyarakat dan negara.
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
Mewujudkan persekitaran yang indah lagi ceria dan budaya sekolah.
Memastikan budaya sekolah berjalan lancar.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dari segi akademik mahupun sukan.

No comments:

Post a Comment